skip to main  |
      skip to sidebar
          
        
          
        
KISAH PENDAYUNG SAMPAN
Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan  menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam.  Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak  bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu  membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian  digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam  lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu  mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm.  Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor  itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai...  Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung  sampan... "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir  semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?"  Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain  dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya  menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi,  "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam  ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi,  "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu  dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi  bertanya... Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.  "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang  sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai  pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung  sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan  turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan  terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung  sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.  "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung  sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. Morale of the Story: Dalam hidup  ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai  dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.  Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia  mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi  "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri  sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh  digunakan? Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada  pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
  
No comments:
Post a Comment