Tuesday, December 16, 2008

LAWAK KACAU BILAU

SAINTIS

Tahun lepas saintis Russia korek tanah
sedalam 100 meter, diorg terjumpa
la kesan wayar copper yg berusia 1000
tahun... and membuat kesimpulan bahawa
nenek moyang mereka ade telephone
network ... woo bes..

Pas tu, saintis Amerika tak puas hati,
diorg pun korek gak, sedalam 200
meter... diorg lak terjumpe talian fiber
optic lama yg dipercayai berusia
2000 tahun... lalu membuat kesimpulan,
org US 1000 tahun lagi advance dari
org Russia dalam komunikasi telefon yg
lagi canggih dari diorg.... pergh
canggih...


Saintis Malaysia plak try try gak, diorg
korek sedalam 500 meter... pastu
diorg report la, diorg tak jumpe ape2...
so diorg wat kesimpulan;
5000 tahun dahulu nenek moyang org Malaysia
sudah tahu menggunakan teknologi
wireless!


PECAT

Ni kisah satu org makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.

Disebabkan masalah pekerja2 yang agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu.

So, sesiapa yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.

Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"YANG BERBAJU BIRU tu..!!!" dia menjerit.
Jeritan kuat menyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"BERAPA GAJI AWAK?" dia bertanya dengan nada yang agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap.

Bos tu menjawap, "Nah ambil ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. Kalau NAK MALAS2 pergi TEMPAT LAIN"
Pekerja tu ambil duit tu, lalu terus blah begitu saja.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nya, seperti mahu mereka paham, siapa malas, sure kena pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.

Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nya, dia bertanya kepada salah seorang
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu datang hantar pizza, tak kerja sini pun".


CIUM

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,
"Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya.
. Habis saja kami bercium, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun patut buat macam tu juga," terang Semaun.

"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

No comments: