Suami bin Lelaki17,
Jalan Angkasa,
24300, KemamanTerengganu.
Isteri binti Perempuan17,
Jalan Angkasa,
24300, KemamanTerengganu.
31 April 2006Puan,
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya inginmelengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuotayang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklahjika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satukekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliautunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kitadi dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isidi masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama sayafikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah sayatangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untukmengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemuaduit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telahhilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang iamenguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidupkita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi sepertisekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumahbesar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan sepertigitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapatkita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan inikerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang denganwaktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akanditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah wakturehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyeliatidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cumaakan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terimakasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya inikerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita inibersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyumanpenuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yangsaya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukansenduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepatmungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapatmelaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki
Nota :En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah PuanIsteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya isi racun dalam makan abang tak ..?".
BERSATU JOIN MUAFAKAT NASIONAL UNTUK JAMIN MENANG PRU 15 ???
-
MEMANG BANYAK VERSI YANG DIMAINKAN SECARA POLITIK OLEH SEMUA PIHAK TENTANG
ISU INI.
NASIHAT SAYA IALAH SUPAYA IANYA DILAKSANA SECARA TELUS DAN BIJAKSANA DE...
4 years ago
1 comment:
Hehe
Ate nak buat macam mane, bini klu bab yg ini deme sanggup mulakan genjatan senjata.
Pinggan mangkuk dan kuali terbang.
Post a Comment