Tuesday, May 12, 2009

Mat Rempit.....

Lama aku tak berceloteh kat blog aku nie............

Kali nie aku nak bercerita tentang Mat Rempit...

Setiap hari bile aku baca surat khabar, ada sahaja cerita tentang mat rempit terpampang di dalam akhar, macam2 kisah ada, ye la selain aktiviti utama mat rempit iaitu berlumba haram, ada segelintir mereka terlibat dengan jenayah seperti ragut, rompak, rogol, bergaduh dan sebagainya...........

Pihak berkuasa pun mula la kuat kuasa berbagai undang2, nak jatuhkan pelbagai hukuman, orang ramai mula luahkan perasaan tidak puas hati, mengutuk serta mancadangkan pelbagai hukuman yang difikirkan cukup berat yang mampu menyedarkan mat rempit......

Mari kita renung sejenak.... pernahkah kita selami isi hati mat rempit? Pernahkah kita mengetahui masalah2 mat rempit, termasuk masalah peribadi mereka? pernah kita bergaul dengan golongan mat rempit?????? 90% dari orang ramai saya pasti hanya tau mengeluh, mencari kesalahan dan mencemuh mat rempit, dan mencadangkan pelbagai cadangan yang ibarat doktor memberikan ubat penahan sakit.......kesakitan reda seketika, bile kuasa ubat penahan sakit habis, kesakitan itu kembali..........

Begitulah keadaan yang berlaku dalam usaha untuk menangani masalah mat rempit. Semua pihak hanya mampu untuk meredakan sekatika masalah yang berlaku, tetapi tidak pernah berjaya membanteras masalah tersebut dengan baik.

Siapa yang bersalah dan patut dipertanggungjawabkan dalam isu mat rempit???? Mat rempit, ibu bapa, masyarakat, pihak berkuasa @ kerajaan??? jawapannya semua bersalah dan patut bertanggjawab dalam masalah ini.......

Ibu bapa patut dipersalahkan kerana terdapat segolongan mat rempit yang berasal dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa sepatutnya tidak mengabaikan anak2 mereka hanya kerana mereka ada masalah, kerana terabainya anak2 ini, mereka terlibat dalam pelbagai gejala yang tidak sihat.

Masyarakat hanya tau memandang serong, mencemuh, tetapi tidak mahu sama2 membantu untuk menyelesaikan masalah ini. tidak ada yang cuba untuk memberi nasihat atau pendapat yang bernas bagi membenteras masalah ini.

Pihak berkuasa perlu menkaji semula undang2 di negara ini, cuba lihat undang2 yang dikuatkuasakan oleh negara2 maju, bagaimana mereka menangani masalah seperti ini. Hukuman berat bukan sesuatu yang begitu memberi kesan yang kepada mereka, tetapi, berapa ramai mat rempit yang dikenakan hukuman, diberi peluang untuk meneruskan minat mereka secara profesional?.......

Pihak kerajaan perlu menkaji tentang gaya hidup serta minat golongan belia dan remaja, kita ada pelbagai saluran untuk mengembangkan bakat yang ada pada golongan belia dan remaja, tetapi semua saluran dan bantuan ini tidak sampai kepada semua golongan belia dan remaja. komplek sukan extreme tidak semua negeri memilikinya, dan boleh dikata kan bukan semua negeri ada lokasi untuk semua jenis sukan. Ini yang perlu dilihat, sepatutnya setiap negeri mempunyai kemudahan yang lengkap untuk semua jenis sukan.....

Mat rempit sendiri memang bersalah kerana mereka berlumba di jalan raya tanpa menghirau kan keselamatan mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain, tidak kurang ada yang terlibat dalam masalah ragut, rogol dan sebagainya........ kepada mat rempit yang benar2 berminat dalam sukan berlumba, mereka tiada tempat yang sesuai disediakan. Sepatutnya perkara ini perlu dipandang serius, kepada golongan yang terlibat dalam kes2 jenayah, perlu dilihat sebaik mungkin, jangan hanya kerana mereka melakukan jenayah menggunakan motosikal ala2 mat rempit, kita terus mengatakan jenayah itu dilakukan oleh mat rempit. ade juga golongan penagih dadah yang melakukan perkara itu........renung2kan lah......

Bukan semua mat rempit itu terlibat dengan jenayah, bukan semua masyarakat yang pandai mencemuh itu sempurna, tidak semua penguatkuasa undang2 menjalankan tugas dengan ikhlas. jadi same2 la kita perbaiki setiap kelemahan yang ada.....

No comments: