Thursday, January 8, 2009

Lembaga putih itu

Cerita ini berlaku masa aku sekolah menengah. Masa malam dan aku baru nak tidur. Setelah 30 minit baring takleh lelap aku terdengar sesuatu. Aku pandang di meja study aku. Ya Allah.... aku takleh percaya apa yg aku lihat.Ada satu lembaga putih sedang berdiri di situ. Lepas tu aku terus pengsan. Esok pagi aku ceritakan perkara itu kepada ibubapa ku. Lepas itu ibubapa aku kata
"Ala mimpi je tu. Takyah risau apa2lah.. rumah kita selamat."
Esok malam kejadian itu berlaku lagi. Sekali lagi aku pengsan. Esoknya aku tanya lagi.
"Mak. Kita kena pindah sekarang jugak. Rumah kita ni keras!"
"Takde apa2 lah. Imaginasi kau je tu."
"imaginasi saya? Mak tahu kan Amir dah lama tak baca Mastika."
Aku dah cakap itu ini tapi ibubapa aku macam rahsiakan sesuatu. Mereka bela hantu raya ke? Malam tu lembaga putih itu datang lagi. Esoknya aku buat2 demam! Huh! baru diorg tahu kejadian ini serius! kita tgk siapa yg gelak siapa nanti!
"Mak tgk... Amir dah sakit pasal hantu tuh. Tolonglah mak. Rumah kita mmg keras ke? Apa yg dah jadi sebenarnya. Toksah rahsia apa2 lagi."
" Sebenarnya, Mak lepas sembahyang dgn tak bukak telekong pergi kat bilik kau setiap malam. Nak check kau buat homework kau ke tak."

Surat Poligami

Suami bin Lelaki17,
Jalan Angkasa,
24300, KemamanTerengganu.

Isteri binti Perempuan17,
Jalan Angkasa,
24300, KemamanTerengganu.
31 April 2006Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya inginmelengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuotayang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklahjika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satukekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yangmerupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliautunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kitadi dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isidi masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama sayafikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah sayatangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untukmengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemuaduit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telahhilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang iamenguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidupkita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi sepertisekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumahbesar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan sepertigitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapatkita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan inikerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang denganwaktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akanditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah wakturehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyeliatidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cumaakan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terimakasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya inikerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita inibersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyumanpenuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yangsaya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukansenduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepatmungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapatmelaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


Nota :En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah PuanIsteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya isi racun dalam makan abang tak ..?".

Wednesday, January 7, 2009

HANTU...............

Hantu RaYA

Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya. Kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

Pontianak

Disyaki berasal dari India . Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak, Lekatlah nama pontianak .

LAWAK KACAU BILAU

Lawak 1
SUAMI : KENAPA SAYANG MENANGIS?
ISTERI : SAYA TELAH BACA SEBUAH BUKU. SAD ENDING
LAH BANG...
SUAMI : BUKU APA?
ISTERI : BUKU BANK ABANGLAH....

Lawak 2
Pada satu petang, si ibu membawa anaknye berusia
4 thn bersiar2.
Menaiki kete. Dlm perjalanan si ibu membunyikan
hon.
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka
terserempak dgn seekor lembu yg
nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke???

Lawak 3
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk
meminta derma.
Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak
pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik
ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Lawak 4
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan
pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada
teman baru. Sebelum tu
awak
mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu
gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan
kepada saya
Siti : Erkkkkkk........ Benci .........

Lawak 5
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.
Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah
Tok, Kami dah bertiga !!!

Monday, January 5, 2009

ASSALAMUALAIKUM.......
Dah lame teman tak menulis kat blog teman nie......ari teman tergerak hati nak menulis.........Israel yang tak sedar diri tu buat hal lagi...serangan ke atas Palestin...umat Islam di tindas lagi....yang paling kesian bila kita lihat kanak-kanak, orang-orang tua, kaum wanita yang banyaj menjadi mangsa....
Ape tindakan kita kat sini? takkan nak tengok je? pada teman, setakat nak boikot barangan/perkhidmatan YAHUDI celaka tu tak cukup.......sebab kalau setakat kita je nak boikot, negara lain dok sokong jugak, tak guna......Kalau kita nak boikot, kite kena seru semua negara-negara lain untuk sama-sama memboikot US/ISRAEL......sebab untuk melumpuhkan kekuatan US/ISRAEL, kita kena lumpuhkan ekonomi die dulu..........
Tapi, ape-ape pun, kita kena kuatkan ekonomi kita dulu.....ape produk US@ISRAEL@YAHUDI yang kita tak leh buat? Ayam goreng bersalut Tepung@KFC, kita boleh buat jugak@ayam goreng berempah....Burger@MacDonald@BurgerKing, kita ada RAMLY Burger, ternyata, kita punye burger lebih sedap berbanding Macd tu....puas hati kita bayar, penuh ngan sayurnya.....harga pun puas hati......Pizza hmmm.....kat malaysia ade Zan's Pizza kan, Sedap tu.....bukan setakat ni aje produk US@ISRAEL@YAHUDI yang ada kat Malaysia, Banyak lagi....tapi antara yang paling orang kenal,senang nak jumpe dengan papan tanda&iklan yang selalu keluar dekat tv................bile kite boikot, mereka akan kekurangan sumber kewangan....bila kurang sumber kewangan, mereka tak boleh menyerang negara orang sesuka hati, kerana tindakan itu boleh menyebabkan negara mereka berada dalam krisis kewangan....
Elok kalau digugur bom berangkai kat ISRAEL tu, biar berkecai....dah la duduk kat tanah orang, boleh pulak buat negara........payah nak bercerita pasal bangsa tak sedar diri.....

Wednesday, December 17, 2008

Rita Rudaini sah bernikah dengan Aidil Zafuan

Pagi tadi aku singgah kat 7Eleven, biase la orang merokok macam aku nie...rokok habis mula melilau cari rokok.....aku bukan nak ceritas pasal rokok....aku nak cerita pasal Rita Rudiani.....

Mase aku dalam 7Eleven tu, ada la 2 orang akak nie....dah kawin la aku agak2.......die orang mase tu nak beli surat khabar Metro, biase cerita si Rita kawin kat siam la tajuk depannya.....

Akak 2 orang tu pun sibuk la komen pasal tindakan yang tak wajar dilakukan oleh artis tu....aku pun pelik la....orang melayu nie...tambah2 kaum pompuan nie (bukan semua, segelintir je..) bukan ape......kalau bab hiburan, gosip...cukup cekap nak komen...aku pun tak paham...pasal tanah air nak tergadai tak nak pulak nak komen atau bagi pendapat, kalau bab artis...laju je komen....wahai kaum wanita...sekarang nie...bukak la pikiran anda...negara kita nie banyak sangat masalah...kurang2 la nak bergosip tu...kurang gosip/komen pasal orang...kurang la dosanye..........

Tuesday, December 16, 2008

KISAH PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan." "OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan... "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu. "Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya... Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri. Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. Morale of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan ..